Related Posts with Thumbnails

December 13, 2010

Tutorial Adobe Photoshop/Kibaran Bendera

MEMBUAT KIBARAN PADA BENDERA
Tutorial ini kita akan mempelajari bagaimana hendak menukar bendera yang kaku kepada bendera yang berkibar.
Gunakan Rectangle Marquee Tool, bina satu kawasan pilihan meliputi kira-kira 95% bendera dengan meninggal sedikit kawasan sebelah kiri. 
 
Select -> Modify -> Feather -> 50px
pilih Filter -> Distort -> Wave dengan setting berikut:

Pilih Filter -> Blur -> Gaussian Blur -> 9.0
 
di palatte Layer 2, tentukan Blending Optionnya ialah "Soft light"
Siap. Kini bendera Malaysia telah berkibar megah.
  
kaedah ini juga boleh diaplikasikan untuk tujuan yang lain mengikut kreativiti. 
Selamat mencuba

November 10, 2010

eKasih |Jabatan Perdana Menteri

e-Kasih kenal pasti murid miskin
Kepada Semua (Ibu Bapa Kg. Kuala Medang & Sekitarnya) yang ingin mendapatkan maklumat dan bantuan untuk mengisi eKasih, Sila berhubung dengan Fasilitator SchoolNet SK Kuala Medang.


Utusan Malaysia, Rabu 06/01/2010
SAMARAHAN 5 Jan. - Kementerian Pelajaran akan menggunakan senarai e-Kasih bagi mengenal pasti pelajar miskin untuk diberi pelbagai bantuan yang disediakan kementerian itu. Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penggunaan senarai e-Kasih akan memastikan hanya mereka yang layak dan berdaftar menerima bantuan kerajaan.

Berikutan itu jelasnya, pelaksanaan Skim Baucer Tuisyen dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan disemak semula bagi memastikan hanya yang layak menerima bantuan tersebut. ''Kemungkinan berlaku sedikit kelewatan dalam pemberian bantuan kerajaan seperti pembayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan-bantuan lain berikutan penggunaan e-Kasih," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke lapan buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Batang Sadong di sini hari ini. 

Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Julaihi Bujang dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri Puad memberitahu, kerajaan membelanjakan sejumlah RM3.8 bilion setahun bagi menyediakan bantuan kewangan untuk program-program kementerian seperti Skim Baucer Tuisyen, KWAPM, makanan asrama, Biasiswa Kecil Persekutuan dan buku teks.Oleh itu katanya, peranan ketua kampung adalah penting kerana mereka yang dapat menentukan bantuan kerajaan itu sampai kepada sasarannya. ''Kita tidak mahu berlaku pembaziran kerana pernah berlaku bantuan kerajaan diberikan kepada mereka yang tidak layak," jelas beliau. Sementara itu, Puad meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya bersikap adil terhadap masyarakat Penan demi masa depan anak-anak masyarakat itu. Katanya, tanggapan negatif NGO terhadap masyarakat itu menyebabkan syarikat pembalakan di Long Bedian kini enggan menumpangkan pelajar Penan ke sekolah. ''Ia menimbulkan masalah besar dan boleh mengakibatkan berlaku masalah keciciran membabitkan anak-anak masyarakat itu," katanya.
------------------------

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar . Sila klik pada Pendaftaran Ringkas untuk Daftar secara online. 

Borang Pendaftaran Ringkas:  Borang eKasih Online

Link untuk ke Portal ekasih : JPM-ICU sKasih Portal

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pastikan Maklumat yang berikut disediakan terlebih dahulu:
  1. Nama ketua Isi Rumah (KIR)
  2. No. KP Baru/Lama/Pasport/Surat beranak
  3. Jumlah Pendapatan Isi RUmah
  4. Bil. Isi Rumah
  5. Alamat Lengkap
  6. Poskod
  7. Negeri
  8. Daerah Pentadbiran
  9. Mukim
  10. No. Telefon yang boleh dihubungi
  11. Nama Pelapor
  12. Alamat Pelapor
  13. No. Telefon Pelapor

October 18, 2010

Program Pembestarian ICT Komuniti, Merapoh, Kuala Lipis 2010


Assalamualaikum.

Berikut adalah maklumat berkenaan dengan Karnival ICT SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.

Lokasi: Sek. Men. Merapoh, Kuala Lipis, Pahang
Tarikh: 21HB-22HB Oktober 2010 (Khamis dan Jumaat)
Anjuran: SMK Merapoh dengan kerjasama Fasilitator SchoolNet(Raub-Kuala Lipis) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lipis.

Aktiviti: Ceramah Keselamatan ICT dan kepentingannya, Pengenalan Asas Peralatan ICT, OS dan Software, Kuiz ICT, Permainan, Booth ICT, Booth Fotografi, Tayangan Video, Booth Penyelenggaraan dan Khidmat Nasihat ICT, Pertandingan Mewarna Digital, Jualan dari Syarikat ICT, dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Semua lapisan Komuniti setempat, guru-guru dan semua yang berminat untuk hadir memeriahkan program tersebut.

Sekian,  Terima kasih.

Belanjawan 2011/Pendidkan



Assalamualaikum. 

Sebagai makluman, berikut adalah Perbentangan belanjawan 2011 berkaitan dengan Sektor Pendidikan secara kasar:

1. Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
1.1 Peruntukan pembangunan sebanyak 6.4 bilion ringgit disediakan bagi membina dan
menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.


1.2 213 juta ringgit dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta
imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

2. Memperkasa Pendidikan Awal
2.1 Kerajaan akan meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72 peratus
menjelang akhir tahun 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta
pelantikan 800 guru prasekolah lepasan Ijazah.


2.2 Kerajaan juga memperuntukkan 111 juta ringgit untuk program PERMATA, antaranya
bagi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak
PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap serta meneruskan
program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

3. Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
3.1 Kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak 250 juta ringgit untuk
sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah
kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan Kerajaan seluruh
negara.


3.2 Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, Kerajaan bersetuju untuk membiayai
bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan
peruntukan sebanyak 95 juta ringgit.


3.3 Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat
membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, Kerajaan telah menyediakan
576 juta ringgit dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.


3.4 Sejumlah 213 juta ringgit pula diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan
Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Sehubungan dengan ini, Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375
guru penutur jati, antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi
pengajaran Bahasa Inggeris.

Rujukan: Teks Ucapan Bajet 2011

Download Belanjawan/Pendidikan(PDF)

August 31, 2010

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI NEGARA


PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 OLEH
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 30 OGOS 2010 (ISNIN)

'1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI NEGARA'
------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

1.    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, esok, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53.
2.    Dalam tempoh lebih lima dekad kemerdekaan, kita dapat menyaksikan pelbagai perubahan yang telah dialami tanah air tercinta. Dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, Malaysia telah tumbuh berkembang menjadi sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.
3.    Sesungguhnya, perubahan ini tidak datang bergolek atau ibarat bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, kejayaan yang dinikmati adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang  kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan. Ia juga manifestasi keberanian dan kesanggupan kerajaan serta rakyat untuk meneroka jalan dengan langkah yang progresif.
4.    Sejarah memperistiwakan bahawa, bapa-bapa kita peneroka kepemimpinan negara, tidak pernah berpuas hati untuk menerima keadaan seadanya walau sebesar mana pun cabaran yang melanda. Mereka sentiasa mendambakan dan berusaha ke arah mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara dan rakyat. Almarhum Tunku dan para sahabat misalnya tidak rela untuk terus menjadi warga negara terjajah. Allahyarham Tun Razak dan rakan-rakan pula tidak membiarkan Malaysia pasca tragedi 13 Mei hilang harapan. Allahyarham Tun Hussein dan taulan tidak bersimpuh menyerah, bahawa, keganasan komunisme tidak dapat ditewaskan. Manakala Tun Dr. Mahathir dan handai seperjuangan tidak mahu menerima kebijakan lazim bahawa sebuah negara pertanian tidak mampu berubah menjadi sebuah negara perindustrian moden dengan infrastruktur berkelas dunia. Seterusnya Tun Abdullah pula, berusaha memupuk modal insan sebagai landas kejayaan negara bangsa.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
5.    Hasil perasaan tidak mahu berpuas hati terhadap status quo yang sedia ada dan kesanggupan berubah, pendahulu-pendahulu kita telah membawa Malaysia ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sebagai sebuah negara. Hari ini, tibalah giliran generasi kita untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi. Persoalannya, beranikah kita untuk memecah tradisi bagi mencapai hasil  yang melampaui kebiasaan.
6.    Justeru, cabaran sebenar kita hari ini adalah untuk mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ke arah itu, kita telah pun  memasakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk pelan transformasi kerajaan atau GTP  dan pelan  transformasi ekonomi yakni ETP sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah  matlamat  mulia tersebut.
7.    Sememangnya, Malaysia yang aman, maju dan makmur akan mendatangkan nikmat kepada semua rakyat. Bagi maksud ini kita perlu menggembleng setiap bakat yang ada di kalangan rakyat Malaysia. Setiap seorang anak Malaysia adalah penting dan berkemampuan menyumbang kepada penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan nasional.
8.    Lalu, sudah tiba masa kita memanfaatkan sepenuhnya bakat-bakat tempatan yang ada. Alangkah ruginya negara jika bakat-bakat yang kita latih dengan segala susah payah  berhijrah bagi mencari padang yang lebih subur hanya dek kegagalan kita mengadakan persekitaran terbaik untuk mereka menyumbang. Ini kerana fenomena globalisasi bukan sahaja  menyaksikan pengaliran mudah modal dan teknologi merentas sempadan tetapi juga  ia melibatkan pengaliran bebas modal insan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
9.    Di atas segalanya, bagi mencapai matlamat masa depan yang lebih baik, Malaysia mestilah mengekalkan perpaduan nasional yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan selama ini. Teras perpaduan kita haruslah bersifat mapan. Untuk itu, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum sepertimana terkandung dalam ideologi kebangsaan yakni rukun negara dan termaktub dalam perlembagaan persekutuan sebagai kontrak sosial nasional.
10.    Kita tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama. Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada.
11.    Maka, saya yakin lagi percaya, semua rakyat Malaysia  cintakan keamanan, mahukan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
12.    Ketahuilah bahawa, kerajaan yang ada amat komited untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan segala instrumen undang-undang dan kekuatan yang ada dari ancaman dalam mahupun  luaran.
13.    Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kebahagiaan  dan di sinilah dengan takdir Tuhan kita akan bersemadi.
14.    Oleh itu, saya ingin menyeru semua warga Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-53 ini untuk sama-sama berganding bahu dengan satu tekad untuk menjadikan Malaysia negara yang terbaik di mana yang mengehadkan kejayaan kita hanyalah bakat dan kesanggupan  untuk bekerja keras.
15.    Akhir kata, demi masa depan anak-anak kita, kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan. Janganlah yang elok menjadi retak, Janganlah yang bersambung menjadi putus. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat. Merdeka, Merdeka, Merdeka.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dato' Sri Mohd Najib
Putrajaya
30 Ogos 2010

Warga SK Kuala Medang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, semoga kita semua dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar serta mengekalkannya dalam sanubari diri dan anak-anak bangsa kita. Kesempatan ini kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua Pejuang-Pejuang  Tanah Air terutamannya Pahlawan-Pahlawan Negeri Pahang.
Al-Fatihah.

August 21, 2010

Program Pembestarian ICT Komuniti Kuala Medang

Bismillahirrahmanirrahim.

Program Pembestarian ICT untuk komuniti Kuala Medang telah berjaya dilaksanakan pada 21-22HB Julai 2010. Venue: SK Kuala Medang dan Medan Info Desa Kg. Kuala Medang. Anjuran SK. Kuala Medang dengan bantuan Fasilitator SchoolNet Daerah Kuala Lipis dan Raub. Objektif: Memberi pendedahan kemahiran penggunaan dan pengurusan ICT kepada komuniti Kuala Medang.



















































k




Jutaan terima kasih kepada SK Kuala Medang, Gerakan Belia 4B (M) Kg. Kuala Medang, Persatuan Belia Kg, Kuala Serau, Pengurusan Medan Info Desa Kg. Kuala Medang, JKKK Kg. Kuala Serau, JKKK Kg. Kuala Medang kerana bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program tersebut.

Download Gambar program:

August 10, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431

Warga SK Kuala Medang mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 1431. Didoakan agar kita semua dilimpahi rahmatNya dan dapat meninggalkan kekotoran hati dan jasad.

Berikut adalah rujukan bagi niat puasa:


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi
ta’aalaa

Niat untuk sebulan:
Niat Berbuka Puasa;
Niat berbuka puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya
arhamarrohimin
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku
dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih
dan Penyayang”.

Puasa Orang Yang Sengaja Meninggalkan Solat

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.
Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.
Wallahu a’lam.

(Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4/al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
/Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
/Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149)

 

August 4, 2010

Program Jom ke Sekolah | YB Dato' S.K Devamany


2/7/2010-Dewan Makan Asrama Desa SK Kuala Medang.
Program Jom ke Sekolah: Penyerahan Sumbangan Kertas Model Actual 2010 (UPSR) oleh YB Dato' S.K Devamany. Tim. Menteri di Jab. Perdana Menteri, Ahli Parlimen Cameron Highland. SK Kuala Medang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengucapkan Jutaan terima kasih kepada YB Dato' di atas sumbangan tersebut.
















Sekian, terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------
Download gambar program,  klik link di bawah;

July 3, 2010

Pertandingan Gasing Malaysia (Februari 2010)

Temerloh, Pahang. Pada 27-28/2/2010. SK Kuala Medang telah menghantar satu Pasukan Gasing Malaysia untuk Pertandingan Gasing Malaysia di Temerloh Pahang.
Gelanggang Persatuan Gasing Pangkah Temerloh.

Persediaan Pasukan sebelum pertandingan
 
Memusing dan Memangkah Gasing

Latihan yang dikendalikan oleh Guru 

Latihan ini juga dibantu 
oleh Ahli-Ahli Persatuan Gasing Pangkah SK Kuala Medang yang lain.

Sebelum pertandingan.

Pada hari pertandingan.

Anak Komda!

Pasukan Gasing Malaysia SK Kuala Medang

Barisan hadapan
 
Supporter dari Kuala Medang

Memusing Gasing Malaysia

Gaya itu penting.

Melilit Gasing

Hidup Mau Ceria

Masa Rehat

Bersiaga Memangkah
 
'Senalo' Memangkah

Tali gasing

Pemain dan Pengadil

Memusing

Pangkah!
 
 Terba' Senalo
Teknik Memangkah

Gambar Kenangan

Teknik Memusing

 Gambar Kenangan

Gaya Pemangkah

 Gambar Kenangan

Memusing

 Mana cokoknya weh?

Supporter dari Kuala Medang (Terima Kasih)

Anak-Anak Jati Komda!

  
Hadiah Pertandingan

Kepada sesiapa yang ingin salinan (fail) gambar yang penuh sila berikan alamat email anda bersama maklumat ringkas diri.