Related Posts with Thumbnails

July 2, 2010

E- Pembelajaran (2)



Salam, berikut merupakan beberapa pautan yang berkaitan dengan Web/Portal E-Pembelajaran untuk mendapatkan bantuan info berkaitan dengan pembelajaran. 

www.mohe.gov.my
Kementerian Pengajian Tinggi: Maklumat permohonan melanjutkan pelajaran dan pembiayaan.

www.tutor.com.my
Portal Pendidikan Utusan

www.pnm.my
Portal Perpustakaan Negara

www.citcat.com
Penterjemahan B. Inggeris ke B. Melayu

http://translate.google.com/#
Portal Google untuk menterjemahkan pelbagai bahasa di dunia.
Translate Page dan statement

www.storylineonline.net
Membaca buku cerita secara online (BI) ; Audio & Tulisan

www.goodnightstories.comMembaca buku cerita untuk kanak-kanak (BI); Bergambar, cerita panjang, cerita pendek, puisi, aktiviti: permainan, mewarna, decoder, fakta, mengenal kehidupan liar dan membina cerita.

www.ms.wikipedia.org
Wikipedia Bahasa Melayu

www.myschoolnet.ppk.kpm.my
Alam pendidikan cyber KPM. Tiga sasaran utama; Guru, Pelajar dan Pentadbir: Tutorial belajar IT, Persatuan, kelab, kaunseling (tips belajar, pengurusan masa, aktiviti dan lain-lain)

www.ptptn.gov.my
Semak dan mohon pinjaman pelajaran

www.mara.gov.my
menyemak dan memohon pinjaman pelajaran, kursus berkaitan dan kursus keusahawanan Mara.

May 11, 2010

Merentas Desa

Aktiviti: Merentas Desa Mac 2010
Lokasi: Sekitar Kampung Kuala Medang

Gelagat murid-murid semasa hari 'Merentas Desa'

Guru-guru yang bertugas

Taklimat sebelum merentas desa
Sokongan dari kakitangan sekolah

Sokongan guru

Gelagat guru dan murid-murid

April 16, 2010

E-Pembelajaran | E-Learning

 E-Pembelajaran
Dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran menerusi talian internet. Pendekatan ini banyak membantu sektor pendidikan pada masa kini. Dengan ini semua guru, pelajar dan ibu bapa serta semua digalakkan melayari beberapa link yang disediakan di bawah untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak serta pengetahuan-pengetahuan yang berkenaan.

http://www.mygfl.net.my
http://www.etuisyen.com.my
http://www.cikgu.net.my
http://www.karyanet.com.my
http://www.el.net.my
http://www.student.com.my
http://www.tutor.com.my
http://www.elearning.bluehyppo.com

Semoga dunia tanpa batasan ini dapat digunakan sebaiknya dalam meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

Jalur Lebar

Jalur Lebar (Broadband) merupakan satu capaian internet berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna melayari internet melebihi 256kbps. Sambungan Jalur Lebar ini mempercepatkan capaian data kepada pengguna untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti E-Transaksi, Muat turun, Electronic Mail (E-Mail), Pencarian Informasi, dan pertukaran fail. Dengan ini pengguna dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dan berkesan dengan kos yang rendah, masa yang singkat selain meningkatkan kemahiran serta pengetahuan berkaitan dengan ICT dari masa ke semasa.

Penyalahgunaan dalam penggunaan ICT seperti melayari website lucah, menjadikan medium berbaur perkauman serta menyentuh isu-isu sensitif dan lain-lain lagi merupakan satu aktiviti sosial yang kurang sihat dan merugikan.  Pengguna diseru agar menggunakan ICT sebaik mungkin untuk kemudahan harian, meningkatkan tahap sosio-ekonomi, mendapatkan maklumat dan meningkatkan tahap kemahiran ICT.

April 14, 2010

Portal Rasmi Sektor Pengurusan Akademik JPNP

Assalamualaikum.
Berikut adalah link bagi Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Kepada Guru-Guru dan semua pengunjung bolehlah klik pada link di bawah untuk mengunjungi Laman Web SPA JPNP bagi tujuan maklumat dan lain-lain.


Sekian, terima kasih.
Fasilitator Schoolnet

March 28, 2010

Nota dari Guru Besar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa penggunaan ICT dalam P&P dan pembangunan IT pada masa kini begitu meluas diaplikasikan. Maka dengan ini, saya menyokong dan berharap semua guru-guru, kakitangan dan komuniti daapat menggunakan dan mengambil peluang kemudahan ICT yang disediakan oleh kerajaan dari masa ke semasa dengan maksimumnya dalam kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.

ABD. MALEK BIN MUSTAFA, PKC
Guru Besar
SK Kuala Medang (CBA3018)
abmalk2303@gmail.com

March 24, 2010

Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun dan 18 Tahun MSSD Lipis 2010

Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun dan 18 Tahun MSSD Lipis 2010

Tarikh : 
24 hingga 26 Mac 2010

Masa : 
8.00 Pagi

Tempat : 
SK Kuala Medang (SK) dan SMK Sg. Koyan (SMK)

Semua dijemput hadir.


March 19, 2010

Program Pembestarian ICT untuk Komuniti Mukim Budu



Program ini dilaksanakan di SMK Panglima Garang Abdul Samad pada hari Khamis dan Jumaat, Masa program 8.30am-4.30am, tarikh 18 Mac-19 Mac 2010. Program ini dirancang dan dilaksanakan oleh Fasilitator Schoolnet Daerah Raub-Kuala Lipis (di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dengan kerjasama Pihak SMK Panglima Garang Abdul Samad, Budu (Benta, Pahang). Ini merupakan program pertama yang membabitkan kerjasama antara Fasilitator-Fasilitator Daerah Raub-Kuala Lipis. Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti Mukim Budu supaya dapat menggunakan dan eksploitasi kemudahan ICT dalam kehidupan seharian. Peserta akan diberi pendedahan menggunakan komputer dengan lebih cekap serta dapat meningkatkan kadar celik IT di kalangan komuniti.

Dengan ini Fasilitator Schoolnet Daerah Raub-Kuala Lipis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ali B. Alias (Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad)

March 3, 2010

Lencana SK Kuala Medang



OBOR / BUKU
Semarak mencapai kurikulum cemerlang, gemilang dan terbilang serta pembudayaan ilmu pengetahuan.
   
JALUR MERAH HITAM  PUTIH
Jalur hitam dan putih melambangkan negeri Pahang yang makmur dan dicintai.  Lima jalur melambangkan Rukun Islam dan Prinsip Rukun Negara
FIZIKAL CERDAS MINDA CERDAS
Cogan kata yang menjadi pegangan seluruh warga sekolah, fizikal yang cergas akan melahirkan minda yang cerdas
WARNA MERAH
Melambangkan keberanian setiap warga sekolah dalam mengharungi  kepayahan untuk melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang 
WARNA PUTIH
Warga yang bersih dan sihat  dari segi mental dan fizikal.
 
WARNA KUNING
Kedaulatan institusi raja dan ketaatan rakyat jelata kepada rajanya.
 

March 2, 2010

Cara Menulis Entri | Posting

Secara umumnya, Entri merupakan suatu artikel atau bahan hasil dari kita sendiri atau rujukan di mana-mana sumber yang lain (Pastikan ada pautan sumber jika mengambil dari sumber luar) Pastikan juga anda tidak melanggar undang-undang yang sedia ada.

Bagaimana memulakan Entri/Posting anda yang pertama dan seterusnya. Sila ikut arahan berikut:

1. Dashboard > Posting > New Post

2.Taip apa sahaja sebagai entri anda.

Title: Masukkan tajuk entri anda (Tajuk ini akan dipaparkan di bahagian posting blog anda.

Preview: Pra tonton posting anda. memudahkan anda melihat hasil yang akan dipaparkan dalam blog anda sebelum Publish.

Edit HTML: Entri akan dipaparkan dalam bentuk HTML
Compose: Entri akan dipaparkan secara normal. Dari sini juga anda boleh mempelbagaikan posting anda seperti menukar format tulisan, warna, membuat link, memasukkan gambar dan lain-lain.

Labels: Pengelasan bagi setiap entri yang dibuat.

3. Klik Publish Post jika sudah berpuas hati dengan entri yang dibuat. & Selesai

4. Atau Klik Save Now jika hanya ingin menyimpannya sebagai draf (dengan niat akan diubah dan Publish kemudian)