Related Posts with Thumbnails

December 11, 2009

Warkah Dari Kami

Setelah lapan tahun berada di daerah ini, pelbagai kisah suka duka menjadi pengalaman hidupku. Sungguhpun hanya 4 tahun di sekolah ini pelbagai kisah menarik yang tersimpan di ingatan. Keseronokan bekerja bersama rakan2, keramahan warga desa, sikap bantu membantu, pelajar yang berdisiplin dan rajin di sini menjadikan suasana harmoni memberikan semangat sebagai pendidik. Pengalaman menyuluh di hutan, menahan jaring (dapat 3 ekor kelah weii) bersama sahabat baik Ismail Mohd adalah salah satu aktiviti yang tidak pernah dicuba. Malahan dapat pulak mempelajari main golf (jurulatih murid pulak tu), main gasing pangkah (guru besor punya pukulan la ni)..Semoga SK Kuala Medang menjadi sekolah yang berjaya dalam apa jua aktiviti yang diceburi. Senda gurauan kalian tetap bersemadi di sanubari... Syed


Patah tumbuh hilang berganti, itulah salah satu kata pepatah org2 melayu dari dahulu kala lagi utk menggambarkan setiap yang pergi pasti ada penggantinya. pepatah itu juga ada kaitannya denganku yg mana pada 16hb 12,2009 nie tarikh berakhirnya aku meninggalkan sk kuala medang dan bertukar ke sk pend. khas kuantan iaitu tempat tumpah darahku sendiri. aku teringat semasa menjadi urusetia liga gasing pangkah disekolah suatu masa dahulu, kami kekurangan seorg urusetia yg paling diharapkan.kata2 guru besar tlh memberi semangat padaku.katanya, semua orang penting tapi tiada yang terpenting.aku faham kata2nya itu.byk perkara yg tlh aku belajar disini spt bmain gasing pangkah,menahan jebak,menjaring ikan, menahan lukah d sbgnya.terima kasih warga sekolah,terima kasih sahabat2 dan org2 kampung disini..jasamu ku kenang selamanya...Aril, Ju (Isteri) & Akif (Anak)

Sejarah SK Kuala Medang (Malay School Kuala Medang)



Sekolah Kebangsaan Kuala Medang pernah suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Malay School Kuala Medang dan telah ditubuhkan pada tahun 1945 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Sekolah ini telah di asaskan di Kampung Kuala Medang dengan keluasan tapak 2.509 hektar (6.2 ekar). Hanya terdapat sebuah bangunan di sekolah ini pada ketika itu yang dibina oleh penduduk setempat secara gotong-royong. Pada awal penubuhannya Malay School Kuala Medang ini hanya mempunyai seorang guru dan 60 orang murid. Murid-murid tersebut datangnya dari kampung-kampung berhampiran iaitu Kampung Kuala Medang, Kampung Lubuk Kasah, Kampung Ketuyung, Lubuk Liang, Kampung Serau, Kampung Naga Umbar, Kampung Jelai, Pulau Badak, Kampung Demit, Tanjung Rambai, Kampung Merbau, Kampung Kepong dan Kampung Kermoi.

Manakala pada tahun 1953, sebuah lagi bangunan baru dan seunit rumah guru dibina bagi menampung peningkatan jumlah murid serta kemudahan guru. Bangunan baru dan seunit rumah guru ini telah dibina oleh Pejabat Pendidikan Daerah Lipis daripada peruntukan pembangunan untuk sekolah kawasan luar bandar. Pada tahun 1955, Malay School Kuala Medang di tukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Medang. Kemudian pada tahun 1968, satu lagi pertambahan bangunan baru untuk sekolah ini. Selepas itu pada tahun 1981, tiga buah bangunan baru telah ditambah yang menempatkan bilik guru besar, bilik guru, bilik darjah, tandas dan kantin sekolah telah dibina. Pertambahan bangunan baru ini adalah ekoran daripada bertambahnya bilangan murid serta memberikan keselesaan kepada guru yang datang mengajar ke sekolah ini. Pada tahun ini juga lencana sekolah telah dicipta dan menjadi lambang pengenalan kepada sekolah ini. Kemudian pada tahun 1989, pertambahan seunit rumah guru dua pintu telah dibina untuk memudahkan guru mengajar di sekolah ini serta membantu mengatasi masalah ketiadaan rumah sewa di kawasan ini. Dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 1990 telah ditambah lagi bangunan di kawasan sekolah ini. Sekolah ini dibina dengan asrama desa bagi kemudahan murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah. Selain asrama, dewan makan dan bilik memasak untuk asrama juga telah dibina pada tahun yang sama. Bangunan untuk bilik darjah juga telah ditambah dengan pembinaan empat unit bilik darjah yang baru untuk kegunaan murid di Sekolah Kebangsaan Kuala Medang ini. Pada tahun 1996, enam tahun selepas itu, Sekolah Kebangsaan Kuala Medang ini ditambah dengan pembinaan dua unit rumah guru baru untuk memudahkan guru yang tinggal jauh dari kawasan sekolah. Kemudian tiga tahun selepas itu, pada tahun 1999 satu blok bangunan baru telah dibina melibatkan dua buah bilik darjah untuk kegunaan murid untuk belajar. Dengan pembinaan blok bangunan yang baru ini akan memberikan keselesaan kepada murid dan guru untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sehingga tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Kuala Medang mempunyai 18 orang guru dan 201 orang murid. Sehingga sekarang (2008) Sekolah Kebangsaan Kuala Medang mempunyai seramai 18 orang guru termasuk Guru Besar. Jumlah murid pula adalah seramai 212 orang. Bagi menambah kemudahan guru, dua unit rumah guru lagi dibina pada akhir tahun 2007 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2008. Kini Sekolah Kebangsaan Kuala Medang telah mempunyai Lagu Sekolah diperkenalkan pada Januari 2008, yang mana lirik serta senikatanya adalah selaras dengan kehendak Visi dan Misi sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kini SK Kuala Medang bergerak seiring dengan sekolah-sekolah sekitarnya dan berusaha ke arah kapitalisme. Tahun 2009 berakhir dan akan kembali bergerak dengan 18 orang guru dan 200-220 orang murid (anggaran) serta 9 staf sokongan pada 2010.

Pihak SK Kuala Medang (SKEMA) mengucapkan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat di kawasan sekitar kerana jasa bersama-sama membangunkan sekolah ini sehingga ke hari ini. Juga kepada guru-guru, bekas guru, pelajar, bekas pelajar, pekerja/staff, bekas pekerja/staff dan semua yang bekerja dan pernah bekerja di SK Kuala Medang.

December 8, 2009

Di Hujung Jalan Ini, Sekolah Ini Berada

Nurshahirah bt Abdul Wahab

Murid pertama mencipta sejarah penyertaan permainan golf dengan menjadi Johan Peringkat Negeri Kategori Wanita dan mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan.



Kelab Golf SK Kuala Medang, 27600 Raub Pahang

Taman Dekorasi SK Kuala Medang

Fizikal Cergas Minda Cerdas

December 3, 2009

Sistem Standard Guru Malaysia (SGM)

Tuan/Puan,

Sistem Standard Guru Malaysia (SGM) yang baharu akan digunakan pada tempoh yang terdekat. Instrumen SGM yang terkini digunakan sementara Penyelaras SGM dan Penyelaras Teknikal akan diberikan taklimat tentang pengoperasian sistem tersebut. Sila lawati/klik laman SGM tersebut di ruangan Skema Official Link

Terima Kasih

December 2, 2009

Malay School Kuala Medang 1945