Related Posts with Thumbnails

April 16, 2010

E-Pembelajaran | E-Learning

 E-Pembelajaran
Dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran menerusi talian internet. Pendekatan ini banyak membantu sektor pendidikan pada masa kini. Dengan ini semua guru, pelajar dan ibu bapa serta semua digalakkan melayari beberapa link yang disediakan di bawah untuk meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak serta pengetahuan-pengetahuan yang berkenaan.

http://www.mygfl.net.my
http://www.etuisyen.com.my
http://www.cikgu.net.my
http://www.karyanet.com.my
http://www.el.net.my
http://www.student.com.my
http://www.tutor.com.my
http://www.elearning.bluehyppo.com

Semoga dunia tanpa batasan ini dapat digunakan sebaiknya dalam meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

Jalur Lebar

Jalur Lebar (Broadband) merupakan satu capaian internet berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna melayari internet melebihi 256kbps. Sambungan Jalur Lebar ini mempercepatkan capaian data kepada pengguna untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti E-Transaksi, Muat turun, Electronic Mail (E-Mail), Pencarian Informasi, dan pertukaran fail. Dengan ini pengguna dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dan berkesan dengan kos yang rendah, masa yang singkat selain meningkatkan kemahiran serta pengetahuan berkaitan dengan ICT dari masa ke semasa.

Penyalahgunaan dalam penggunaan ICT seperti melayari website lucah, menjadikan medium berbaur perkauman serta menyentuh isu-isu sensitif dan lain-lain lagi merupakan satu aktiviti sosial yang kurang sihat dan merugikan.  Pengguna diseru agar menggunakan ICT sebaik mungkin untuk kemudahan harian, meningkatkan tahap sosio-ekonomi, mendapatkan maklumat dan meningkatkan tahap kemahiran ICT.

April 14, 2010

Portal Rasmi Sektor Pengurusan Akademik JPNP

Assalamualaikum.
Berikut adalah link bagi Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Kepada Guru-Guru dan semua pengunjung bolehlah klik pada link di bawah untuk mengunjungi Laman Web SPA JPNP bagi tujuan maklumat dan lain-lain.


Sekian, terima kasih.
Fasilitator Schoolnet