Related Posts with Thumbnails

April 16, 2010

Jalur Lebar

Jalur Lebar (Broadband) merupakan satu capaian internet berkelajuan tinggi yang membolehkan pengguna melayari internet melebihi 256kbps. Sambungan Jalur Lebar ini mempercepatkan capaian data kepada pengguna untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti E-Transaksi, Muat turun, Electronic Mail (E-Mail), Pencarian Informasi, dan pertukaran fail. Dengan ini pengguna dapat melakukan banyak perkara dengan mudah dan berkesan dengan kos yang rendah, masa yang singkat selain meningkatkan kemahiran serta pengetahuan berkaitan dengan ICT dari masa ke semasa.

Penyalahgunaan dalam penggunaan ICT seperti melayari website lucah, menjadikan medium berbaur perkauman serta menyentuh isu-isu sensitif dan lain-lain lagi merupakan satu aktiviti sosial yang kurang sihat dan merugikan.  Pengguna diseru agar menggunakan ICT sebaik mungkin untuk kemudahan harian, meningkatkan tahap sosio-ekonomi, mendapatkan maklumat dan meningkatkan tahap kemahiran ICT.

0 comments: